Maklumat Pusat Sumber





Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3)
Bandar Utama Damansara (3) National Secondary School Resource Centre

MOTO
MOTTO
Berusaha Bersatu Berjaya
Towards Success We Work Together

VISI
VISION
 Membentuk budaya ilmu ke arah kecemerlangan warga sekolah menjelang Wawasan 2020
Shape a culture of knowledge towards the excellence of the school by Vision 2020

MISI
MISSION 
Selaras dengan hasrat mencapai kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah akan:
  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai agen penyebaran ilmu dan maklumat.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan mesra pelanggan.
  • Menggalak dan mengamalkan penggunaan teknologi dan sumber maklumat secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.
With the intention of achieving excellence, the School Resource Centre shall:
  • Make itself an agent of dissemination of knowledge and information.
  • Create a conducive environment and ensure member-friendly service.
  • Encourage and practice the usage of technology and informative sources optimally in the teaching and learning process.
  • Establish a management and administrative system that is efficient and effective.  

MATLAMAT
AIM
Pusat Sumber Sekolah mempunyai matlamat-matlamat berikut:
  • Menjadi sebuah pusat ilmu yang lengkap dengan kemudahan ICT, audio-visual dan bahan bacaan.
  • Menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi sekolah. 
The School Resource Centre has the following aims:
  • To be a centre of knowledge, complete with facilities such as ICT, audio-visual and reading materials.  
  • To catalyse the increase in the school's overall performance.

OBJEKTIF
OBJECTIVES
Pusat Sumber Sekolah menjalankan peranannya sebagai sebuah pusat ilmu untuk mencapai objektif-objektif berikut:
  • Menyediakan sebuah tempat bacaan, rujukan dan penyelidikan untuk warga sekolah.
  • Menjadi sebuah pusat maklumat yang lengkap.
  • Menjadi sebuah gedung ilmu pengetahuan.
  • Membantu dalam proses pendidikan.
  • Merancang aktiviti menggalakkan masyarakat sekolah membaca.
  • Melibatkan warga sekolah dalam aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
The School Resource Centre acts as the hub of knowledge to acheive these objectives:
  • Create a place for reading, referring and researching for the school.
  • Become a complete centre of information.
  • Become a hub of knowledge.
  • Assist in education.
  • Plan out activities that encourages the whole school to read.
  • Involve the school in its activities. 

MASA OPERASI*
OPERATING HOURS*  
Isnin
Monday
10.05  – 10.35
10.50 – 11.15
13.50 – 16.00
Selasa
 Tuesday
10.05  – 10.35
10.50 – 11.15
13.50 – 16.00
Rabu
Wednesday
10.05  – 10.35
10.50 – 11.15
13.50 – 14.30
Khamis
Thursday
10.05  – 10.35
10.50 – 11.15
13.50 – 14.30
Jumaat
 Friday
10.05  – 10.35
10.50 – 11.15
12.30 – 14.00
*terhad kepada hari persekolahan sahaja
*limited to school days only.

HAD PINJAMAN
 BORROWING LIMIT
Pengguna
User
Pelajar
Student
Pengawas Pusat Sumber  
School Resource Centre Prefect
Guru
Teacher
Had Pinjaman
 Borrowing Limit
2 buku
2 books
3 buku
3 books
4 buku
4 books


MAKLUMAT PINJAMAN 
INFORMATION ON BORROWING 
Jenis Bintik
Type of Spot
Tiada Bintik
 No Spot
Bintik Kuning
Yellow Spot
Bintik Merah
Red Spot
Kategori
 Category
Rak Terbuka
Open Rack
Rujukan
Reference
Arkib
Archive
Tempoh Pinjaman
 Borrowing Period
7 hari
7 days
3 hari
3 days
0 hari
0 days
Denda Lewat
Late Fine
RM 0.20 sehari
RM 0.20 per day
RM 0.40 sehari
RM 0.40 per day
Tidak berkenaan
Not applicable
Denda Rosak
Damage Fine
RM 0.40 sehalaman rosak
RM 0.40 per damaged page
Denda Hilang
Fine for Loss
Harga buku + surcaj RM 10.00
Price of book + RM 10.00 surcharge
Denda Maksimum
Maximum Fine
RM 25.00
  
HISTORY
Ever since the founding of the school, the Resource Centre has extended membership to all the school's students. Starting with a meager 70 members, it drastically increased to 400 in 2003, and has increased steadily until over 1400 members in 2013.

From 2011 to 2012, it was recognised as the Best Secondary School Resource Centre in conjunction with Quality Day organised by Petaling Utama District Education Office. It also won third place in the 2011 Selangor Excellent School Resource Centre Award.




AHLI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016/2017
SCHOOL RESOURCE CENTRE BOARD 2016/2017

GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH
SCHOOL RESOURCE CENTRE TEACHERS


Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
School Resource Centre Coordinator
: Puan Sabrina binti Mohd Rafiai @ Ismail


Guru Perpustakaan
Teacher-in-Charge of the Library
: Puan Noorhydayah binti Ahma Nor


Guru NILAM
Teacher-in-Charge of the NILAM programme
: Puan Nadiah binti Che Mohamed



Guru Alat Pandang Dengar
Teacher-in-Charge of Audio Visual Aids
: Puan Noorhydayah binti Ahma Nor


Guru Aktiviti Luar PSS
Teacher-in-Charge of Outdoor Activities
: Encik Nik Mohamad Syukri


Guru Rakan Pembaca NILAM
Teacher-in-Charge of the Rakan Pembaca NILAM (Reader’s Friends) programme
: Puan Siti Aznita Fazlin Mohd Aziz  






AHLI JAWATANKUASA TINGGI
HIGH COMMITTEE

Ketua
Head
: Quek Zhy Hgu


Penolong Ketua
Assistant Heads
: Nishayaani Ramesh
  Lim Jinq Tzuoh
  Chloe Wong Xian Li

Setiausaha
Secretary
: Wee Jia Yee


Penolong Setiausaha
Assistant Secretary
: Hanisi Tan


Bendahari
Treasurer
: Chin Ching-Ee


Penolong Bendahari
Assistant Treasurer
: Wong Shi Qi, Celine



KETUA DAN PENOLONG KETUA HARIAN
DAILY SUPERVISORS AND ASSISTANT SUPERVISORS

Isnin
Monday
: Heu Rue Yie
Chen Wei

Selasa
Tuesday
: Lee Wen Jie
Jordan Lim Kit Yung

Jumaat
Friday
: Aleya Elaiza
Danielle Chai Pei Yuen

KETUA DAN PENOLONG KETUA UNIT KECIL
HEAD AND ASSISTANT HEAD OF SUBUNITS

Inventori
Inventory
: Yap Xin Wei
Chung Yuan Yi

Media dan Rujukan
Media and References
: Wong Ken Wei
Low Ee Hang


Kebersihan
Cleanliness
: Adam Arif
Tee Qian Yu

Keceriaan
Aesthetics
: Naveena
Chai Shin Yi

Siaraya
Audio Visual Aids
: Clarence Marcus
Ding Tech Kern
 
NILAM
Loh Sim Yi
Shermane Tan

Akhbar
Newspaper
: Choi Zi Qi
Aliya

Kad Pusat Sumber
Membership Cards
: Yumi Fujita
Sahnice Tan Ee Rong

Acara dan Permainan
Events and Games
: Nigel Chow Jun
Tashaannth Bala

Buletin dan Blog
Newsletter and Blog
: Lim Sheanni
Thivyashin


 


PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
  
Peraturan Penggunaan Perpustakaan Sekolah
  • Kad perpustakaan boleh didapati melalui Guru Tingkatan atau daripada Guru Pusat Sumber Sekolah tertentu.
  • Semua pelajar dan guru diwajibkan mempunyai kad perpustakaan.
  • Segala pinjaman dan pemulangan buku guru atau pelajar hanya boleh dibuat dengan menggunakan kad perpustakaan.
  • Kad perpustakaan tidak boleh ditukar milik.
  • Buku rujukan yang ditandakan merah hanya boleh dibaca dan diguna dalam Ruang Rujukan Pusat Sumber Sekolah sahaja dan tidak dibenarkan pinjam.
  • Buku rujukan yang ditandakan kuning hanya boleh dipinjam selama 3 hari. Pembaharuannya tidak boleh dibuat melainkan selepas 1 hari selepas tarikh pulang.
  • Guru-guru yang meminjam secara kelompok patut bertanggungjawab atas pinjamannya dan direkod dalam Buku Pinjaman Berkelompok.
  • Segala majalah, risalah dan surat khabar patut diletakkan di tempat asal dalam keadaan yang baik dan tidak dibenarkan pinjam keluar.
  • Segala bahan pinjaman adalah tanggungjawab peminjam dan patut dijaga dengan sempurna.
  • Pengguna dilarang menconteng, mengoyak dan mengotorkan buku yang dipinjam. Buku yang terconteng, koyak dan kotor dianggap buku rosak dan akan dikenakan denda.
  • Semua kerosakan dan kehilangan buku patut dilaporkan kepada Guru Pusat Sumber Sekolah (Perpustakaan) dengan segera dan mesti digantikan dengan buku baharu atau bayaran harga buku tersebut.
  • Pemulangan buku rak terbuka yang lewat akan didenda sebanyak 20 sen sehari (semua jenis buku). Denda maksimum adalah RM 25.00.
  • Pemulangan buku berbintik kuning yang lewat akan didenda sebanyak 40 sen sehari (semua jenis buku). Denda maksimum adalah RM 25.00.
  • Pengguna perpustakaan mesti menjaga kebersihan dan keselamatan semasa berada di perpustakaan sekolah.
  • Pelajar yang menggunakan perpustakaan sama ada waktu perpustakaan atau bukan waktu perpustakaan mesti diiringi dengan guru.
  • Guru yang membawa pelajar ke dalam perpustakaan perlu memastikan perpustakaan berada dalam keadaan senyap.
  • Perpustakaan tidak dibenarkan untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran guru melainkan guru-guru yang mendapat kebenaran khas Pengetua Sekolah.
  • Segala kecurian buku atau bahan bacaan akan didakwa sebagai kes disiplin sekolah.
Peraturan Penggunaan Ruang Rujukan Perpustakaan
  • Ruang Rujukan Perpustakaan hanya dibuka selepas waktu persekolahan.
  • Semua bahan bacaan tidak boleh dibawa ke dalam Ruang Rujukan Perpustakaan.
  • Semua buku Ruang Rujukan hanya boleh digunakan dalam Ruang Rujukan Perpustakaan sahaja.
  • Ruang Rujukan Perpustakaan tidak dibenarkan untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran guru melainkan guru-guru yang mendapat kebenaran khas Pengetua Sekolah.
Peraturan Pengunaan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah
  • Penggunaan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah diutamakan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Alat Pandang Dengar atau Bahan Bantu Mengajar di dalamnya sahaja.
  • Penggunaan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah perlu ditempah dengan menggunakan Buku Tempahan Penggunaan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah di kaunter pinjaman perpustakaan.
  • Sekiranya terdapat dua orang guru ingin menggunakan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah pada masa yang sama, guru-guru tersebut perlu berunding antara satu sama lain.
  • Segala aktiviti dan penggunaan Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar mesti direkodkan dalam Buku Penggunaan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah.
  • Semua penggunaan Radio dan TV Pendidikan perlu direkodkan dalam Buku Penggunaan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah.
  • Pengguna Bilik Media Pusat Sumber Sekolah patut memulangkan semua Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar dalam keadaan yang baikdan sempurna. Sebarang kerosakan alat sewaktu penggunaan perlu dilaporkan kepada Guru Pusat Sumber Sekolah (Bilik Media) dengan kadar segera.
  • Pengguna Bilik Media Pusat Sumber Sekolah perlu meletakkan semua Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar ke tempat asal dengan tepat dan betul.
  • Semua Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar tidak boleh dikeluarkan dari Bilik Media Pusat Sumber Sekolah melainkan dengan kebenaran khas.
  • Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam Bilik Media Pusat Sumber Sekolah tanpa guru.
  • Semua kerusi meja mesti disusun mengikut pelan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah selepas menggunakannya.
  • Kebersihan Bilik Media Pusat Sumber Sekolah adalah tanggungjawab pengguna Bilik Media Pusat Sumber Sekolah.
Peraturan Pinjaman dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan Alat Pandang Dengar
  • Segala pinjaman Alat Pandang Dengar mesti direkodkan ke dalam Buku Pinjaman Alat Pandang Dengar.
  • Segala pinjaman Bahan Bantu Mengajar mesti direkodkan dalam sistem automasi Perpustakaan dengan menggunakan kad perpustakaan.
  • Hanya guru boleh meminjam dan memulangkan Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar.
  • Guru yang meminjam Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar dalam keadaan yang baik dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Semua kerosakan dan kehilangan Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar patut dilaporkan kepada Guru Pusat Sumber Sekolah (Bilik Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar) dengan segera.
  • Pelajar-pelajar selain daripada Pengawas Pusat Sumber dilarang masuk ke Bilik Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar. 

SCHOOL RESOURCE CENTRE RULES
 
School Library Usage Rules
  • Library cards are available through Form Teachers or from certain School Resource Centre Teachers.
  • All students and teachers are required to have a library card.
  • All borrowing and returning of books by teachers and students can only be made by use of library cards.
  • Ownership of library cards cannot be transferred.
  • Reference books that are marked with a red spot can only be read and used in the School Resource Centre Reference Room and cannot be borrowed.
  • Reference books that are marked with a  yellow spot can only by lent for 3 days. Extensions cannot be made unless it is done at least a day after the date of return.
  • Teachers that borrow in bulk must be held responsible over their borrowed books and are recorded in the Bulk Lending Book.
  • All magazines, pamphlets and newspapers must be returned to their original places in good condition and cannot be borrowed.
  • Borrowers are held responsible for borrowed items and they must ensure that the items are kept in good condition.
  • Users are prohibited from scribbling on, tearing and dirtying borrowed books. Any books that are scribbled on, torn or dirtied are considered damaged and a fine will be imposed.
  • All damaged and lost books must be reported immediately to the School Resource Centre Teacher-In-Charge of the Library and must be replaced with a new book or compensated with payment in its full value.
  • Late returns of open rack books will be fined at 20 sen per day (all types of books). The maximum fine is RM 25.00.
  • Late returns of books marked with a yellow spot will be fined at 40 sen per day (all types of books). The maximum fine is RM 25.00.
  • Library users must keep the library clean and safe when they are in the school library.
  • Students who use the library whether it is during or not during allocated library periods must be accompanied by teachers.
  • Teachers who bring their students to the library must ensure that the library is quiet.
  • Teaching and learning activities cannot be done in the library by teachers except for those who get special permission from the School Principal.
  • All theft of books or reading materials will be considered as school disciplinary case and perpetrators will be punished accordingly.
 Library Reference Room Usage Rules
  • The Library Reference Room is open only after school hours.
  • All reading materials cannot be brought into the Library Reference Room.
  • All books in the Reference Room can only be used in the Library Reference Room.
  • Teaching and learning activities cannot be done in the Library Reference Room by teachers except for those who get special permission from the School Principal.
School Resource Centre Media Room Usage Rules
  • Teaching and learning activities that utilise Audio Visual Aids and Teaching Aids in the School Resource Centre Media Room are prioritised for its use.
  • School Resource Centre Media Room have to be booked via the School Resource Centre Media Room Usage Booking Book at the library borrowing counter.
  • If there are two teachers who wish to use the School Resource Centre Media Room at the same time, they must negotiate with its other over the matter.
  • All activities and usage of Audio Visual Aids and Teaching Aids must be recorded in the School Resource Centre Media Room Usage Book.
  • All usage of Radio dan TV Pendidikan (Educational Radio and Television) must be recorded in the Educational Radio and Television Usage Book.
  • School Resource Centre Media Room users  must return all Audio Visual Aids and Teaching Aids in good condition. All damages sustained by items during its used must be reported immediately to the School Resource Centre Teacher-In-Charge of Media Room.
  • School Resource Centre Media Room users must return the Audio Visual Aids and Teaching Aids to their original places accurately and correctly.
  • All Audio Visual Aids and Teaching Aids cannot be brought out of the School Resource Centre Media Room unless with special permission.
  • Students are not allowed to be inside the School Resource Centre Media Room without a teacher.
  • All chairs must be arranged according to the School Resource Centre Media Room plan after use.
  • The cleanliness of the School Resource Centre Media Room is the responsibility of its users.
Teaching Aid and Audio Visual Aid Borrowing and Usage Rules
  • All lending of Audio Visual Aids must be recorded in the Audio Visual Aid Lending Book. 
  • All lending of Teaching Aids must be recorded in the Teaching Aid Lending Book.
  • Only teachers can borrow and return Audio Visual Aids and Teaching Aids.
  • Teachers who borrow Audio Visual Aids must return all Audio Visual Aids and Teaching Aids in good condition and within the stipulated period of borrowing.
  • All damages and lost Audio Visual Aids and Teaching Aids must be reported immediately to the School Resource Centre Teacher-In-Charge of Audio Visual Aids and Teaching Aids.
  • Students other than the School Resource Centre Prefects cannot enter the Audio Visual Aid and Teaching Aid Room.
 


No comments:

Post a Comment

More to read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...